06 September 2010

Khutbah Aidilfitri Dan Persembahan Nadamurni 1992

(ihsan memoriarqam)

17 Disember 2009

Reunion Mini @ Kg Sempadan-Dec 2009

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan yg maha pemurah,yang mengizinkan pertemuan yang tak disangka sangka,semuanya tanpa perancangan,semuanya agak simple,tetapi tali silaturrahim yg masih erat telah menemukan beberapa antara kita yg dulu nya sama2 makan setalam,tidur sebantal dan mandi se sungai hehehehe..Yang diatas ini adalah gambar rumah Ust Wahab yg baru..Ia terletak di belakang rumah ahli muhafazah yg lama,bersebelahan asrama perempuan.Menurut Ust Wahab lagi mereka sekarang sedang dalam membangunkan sebuah pondok pengajian...Alhamdulillah semoga Ust berjaya..Amin...


Antara yang sempat datang..Amar,Hafiz,Syukur,Abu Hasan,Rahimi,Amin,Nikmat,Man,
depan-Art,Ust Wahab dan Mat


Tanggal 14 December 2009.Pada asalnya kami pergi ke majlis perkahwinan saudara kita Jat di Bukit Damar.Walaupun pertemuan di rumah beliau tidak seiring,tapi secara spontan kami merancang utk ke Kg Sempadan untuk melihat bekas sekolah kami yg kami dah tinggalkan hampir 15 tahun.Memandangkan Kg Sempadan pun tidak jauh dari rumah beliau,tanpa berlengah kami terus ke sana dengan teruja sekali.

Berborak borak sambil bertanya khabar tentang hal sahabat2 yg lain.Hmmm semuanya dah berumahtangga,Tinggal lagi Syukur dan Amin je...hmmm bila lagi tuuu...nanti boleh reunion lagi hehehehe
Bergambar dalam kelas I'dadi..Kelas diorang la ni...Hafiz tu siap jumpa kitab yg dah ditinggalkan 15 tahun dulu.....rupa2 nya Hafiz ni banyak kerja rumah yg belum di siapkan hehehehe kantoi...
Bayangkan...kalau mereka masih berserban jubah ")
Abu Hasan,Mat,Hafiz,Rahimi dan Epit terkenang sesuatu...



(visual kurang memuaskan)



(visual kurang memuaskan)



(visual kurang memuaskan)


25 Oktober 2009

CERPEN-Sekolahku..

Seisi jagatraya masih merengkok kesejukkan di sengat keheningan dini pagi yang hening.Nyenyak terlena dalam serkup kelambu kabus yang menitis bersama rintik rintik embun.Dedaunan pun memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana masih boleh menikmati kesegaran embun pagi yang dingin dan suci.

Sesayup pendengaran,terdengar kokok si jalak memanjat angkasa.Tidak lama kokokan itu disambut oleh kaum kerabatnya yang lain.Saling bertingkah merobek tenang dinipagi.Itulah makhluk ayam yang tidak pernah menghianati tanggungjawab yang diamanahkan keatasnya.

Bangun, bangun , bangun , solah…..solah…. bangun” kalimah itulah yang berlagu subuh semalam,subuh kelmarin,subuh kelmarin dulu,dan subuh subuh sebelumnya.Suara Ustaz Khairussoleh mengejutkan para pelajarnya.

“Allahumma Solli Wassallim A’la…..” senandung itulah yang beralun subuh semalam,subuh kelmarin,subuh kelmarin dulu,dan subuh subuh sebelumnya.Suara Ust Hisyam Kamal,menyusul di belakang Ust Khairussoleh.

“Bangun , bangun…subuh…” Ustaz Muhammad Athaillah pun turut mengambil bahagian dalam operasi amal itu.Besar pahala orang yang mengajak orang lain berbuat kebajikan.

Asrama Imam Ashaari yang berdiri di pinggir perkampungan Madrasah At Tamimi pun jadi sibuk apabila para penghuninya berlumba bangkit dari tidur.Masing masing mencari tangga sebaik selesai mengemas tempat tidur.Turun kebilik air,lalu ke surau.
Dan Surau papan di tengah tengah perkampungan pun meriah dengan para jemaah,kebanyakkannya pelajar pelajar sekitar awal belasan tahun.Duduk bersimpuh penuh sopan sambil menadah Al Quran.Ada juga yang berdiri seraya mengangkat takbir.Dua rakaat,empat rakaat,enam rakaat dan semahunya.

Saf semakin penuh.Ust Khaurussoleh sudah ada di barisan hadapan bersama Ustaz Isnil Fajahari dan Ust Raja Anuar.Ust Hisyam Kamal sedang asyik dengan solat sunat nya.Ustaz Muhammad Athaillah dalam perjalanan ke surau,berhenti sebentar memerhatikan beberapa orang pelajar yang masih berwudhuk di kolah.
“Assalamulaikum,Ustaz” seorang pelajar yang berselisih dengan Ust Athaillah menyapa penuh hormat.
“Waalaikumussalam,” jawab Ust Athaillah ramah.sekuntum senyuman dihadiahkan kepada pelajar itu.
Suara suara lunak mengalunkan selawat bergema di surau,kira kira dua puluh minit sebelum subuh tiba.Diulang ulang bait bait pujian dan doa itu dalam paduan suara yang berirama.Luahan rasa cinta dan rindu pada Junjungan Agung Saidina Muhammad Rasulallah SAW

Sabda Nabi;”esungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari Qiamat nanti ialah orang yang paling banyak bacaan selawatnya kepadaku.”(Riwayat At Tarmizi)

Melodi rindu itu terhenti apabila azan di laungkan.Surau menjadi sepi kecuali suara muezzin.Satu dua suara sesekali mendesik mengajuk setiap rangkap yang diucapkan oleh bilal.

Selepas menunaikan dua rakaat sunat Qabliah,kedatangan subuh pun disambut secara berjemaah.Ust Isnil Fajahari yang menjadi imam.Barisan saf sembahyang rapat dan lurus.Pergerakan dari rukun ke rukun di selarikan.Sama rentaknya.Begitu yang selalu di tekankan kepada para pelajar serta ahli jemaah lainnya.
“Allahumma antassalam…” terdengar lagi suara muezzin membaca doa sebaik meraup muka,habis salam kedua.Para makmum mengaminkan doa beramai ramai.Hati penuh mengharap agar permintaan di perkenankan Allah.

“Lii khamsatun uthfi biha…” berdoa lagi minta dihindarkan dari wabak dan penyakit.Menyebut beberapa nama yang dimuliakan Allah mereka itu.Menumpang berkat dan karamah mereka.

“Ilahilastu lil firdaus…” rintih munajat memohon taubat atas dosa dan kesalahan yang terlanjur.Dengan sejujur hati mengaku lemah di hadapan Allah,bahawa betapa tidak layaknya untuk menjejaki taman syurga.Pun begitu,tidak sanggup pula menjadi kayu api yang menyalakan neraka.Keampunan dan rahmat Allah yang di tagih sebagai pembela dan pelepas diri.


Sebelum bersurai seorang pelajar tampil kedepan membacakan sepotong Hadis Nabi.Dihuraikan serba ringkas tentang Hadis yang dibacanya itu.Kemudian para jemaah pun bersalam salaman.Dua tiga orang pakcik turun pulang kerumah.Bersiap untuk ke tempat kerja masing masing.

Para pelajar mengambil Al Quran dan membentuk kelompok kelompok halkah.Mengaji Quran berkumpulan.Di pagi pagi yang lain ada juga sekali dua dibuat tahlil atau membaca Yasin.Kadang kadang dibuat kuliah subuh.Ianya mengikut hari hari tertentu yang telah di tetapkan.

Lebih kurang setengah jam berikutnya majlis pun bersurai.Ustaz Uwais baru saja menekan loceng menandakan tamat program mengaji Quran.Para pelajar balik ke asrama dab mengemas tempat masing masing.Masa yang diberikan tidak lama.para pelajar mesti turun berbaris di hadapan surau untuk memulakan kelas pengajian.

Pagi masih muda tika halaman surau mula dipenuhi keriuhan suara suara riang.Suara kokok ayam sekali sekala kedengaran lagi.Sang mentari belum bangkit dari ranjang beradunya.Tapi cahayanya sudah berselerak dibumi membakar reja reja kegelapan malam yang masih berbisa.

“Yadan raf! Yadan hud! Yadan faf! Yadan hud!” Rizal yang menjadi ketua pelajar sekolah Madrasah At Tamimi berdiri dihadapan perbarisanmemberi arahan untuk meluruskan barisan.Pelajar pelajar yang kemas dengan pakaian serba putih akur tanpa karenah.

Ust Muhammad athaillah,guru bahagian disiplin menyampaikan taklimat dan penerangan semasa.Ada perkembangan terbaru.Ada teguran dan nasihat yang sering diingatkan selalu.Ada juga kata kata ransangan serta dorongan semangatsupaya para pelajar gigih dalam karier mereka.

Perbarisan tidak lama,sekitar lima belas minit atau setengah jam.Surau yang lengang setamatnya program mengaji Quran Subuh tadi hidup semula dengan bunyi meja meja di susun dan suara suara bualan yang saling berselang.Setelah kelas siap diatur,bunyi meja tidak kedengaran lagi.Suara suara bualan turut menyepi.

Ust Muhammad Athaillah masuk kelas I’dadi awal,mengajar tauhid.Masa kedua nanti pelajaran usul tafsir kelas sanawi salis.Ust Khairussolehke kelas i’dadi sani.Ust Isnil Fajahari mengajar nahu dan saraf kelas I’dadi salis.

Kelas robe’ Ust Raja Anuar.Ust Uwais ke kelas sanawi awal dengan pelajaran matematiknya.Disambung dengan Geografi.Ust Hisyam Kamal kelas sanawi sani.Pengetua sekolah Ust Solehan masuk kelas sanawi salis.pelajaran tasauf.
Di tingkat bawah bangunan asrama,tiga kelas untuk pelajar pelajar kecil baru saja berlangsung.Tiga org ustazah mengendalikannya.Agak teruji juga mengajar kanak2 yg masih mentah dan nakal.Lenguh melayan keletah mereka..Tapi disitulah keseronokannya.

Pelajaran kelas bertukar bila loceng letrik berdering.Keluar guru itu masuk pula guru ini.Suasana pengajian yg sungguh menarik sekali.Kemeriahan terserlah dengan suara pelajar2 membaca didalam kelas.Suara guru2 mengajar dan menyoal.

Pagi semakin berusia.Ketika jam menunjukkan pukul 10.00,loceng berbunyi lagi.Para pelajar berpusu2 keluar dari kelas.Kantin sekolah menjadi tumpuan.

“Umar mari ke kantin,” ajak Farabi,kawan sekelas.
“Tak apalah,ana ke dewan makan.”
“Marilah ke kantin dulu.Tak apa,ana belanja anta.”
Farabi senyum,memaut bahu Umar dan berjalan seiring kekantin.Pagi yg jernih pun tambah berseri dek ukhuwah dan kemesraan yg tersimpul.Bunga2 ulfah mekar bersemi.
“Saiful,anta tak makan?”Tanya Ust Raja Anuar yg baru keluar dari kelas sanawi awal.
“Makan, ustaz.Ana tunggu Hisyamuddin.”
“Mana dia?”
“Hantar ikan kerumah Ust Solehan.”jawab Saiful.

Di dapur,kumpulan yg bertugas menyediakan sarapan sibuk sekali dgn tugas mereka.Kulit muka menjadi pijar dilayur kehangatan api dapur kayu yang membahang.Mata pedih dimasuki asap.Ada warna keletihan di wajah.Namun warna itu pudar disebalik warna gembira yg lebih ceria.Puas hati kerana dapat berbakti.

“Hanafi,hantar dulang ke bilik guru.”
‘Dah,Mail dah hantar tadi.”
“Air minuman?”
“Syafie hantar.”
“Rafdhi,dulang cukup ke?”
“Alhamdulillah….cukup.”

Waktu rehat tamat sebaik saja loceng berdering nyaring.Kelas yg kosong penuh semula.Meriah semula dengan suara2 membaca dan menjawab.Mengeja dan mengira.


“Ust Isnil,masuk kelas sanawi salis.Ana kena pergi ke Sg Baging.Dia org minta buat kursus jenazah disana,”kata Ust Uwais di pejabat sekolah.

“Ooo,yang datang semalam tu?”Ust Hisham Kamal menyampuk.

“Ya.”

“Pelajaran apa?”Tanya Ust Isnil Fajahari.

“Usul Feqh.”jawab Ust Uwais. “Boleh..?”

“InsyaAllah,Ana masuk.”


Matahari makin gagah mendaki dada langit.Perkampungan Madrasah At Tamimi berada dalam ketenangan yg mendamaikan.Terdengar bunyi dedaun kelapa berkecipak menari bila angina berpuput.Sekali sekala suara ayam betina berketuk sampai juga ke telinga.Cicak rumah pula becok bercedirau di atas alang.Entah apa yg di tengkarkan.


Kelas tamat hampir jam 1.00.Asrama Imam Ashaari sibuk kembali.Para penghuninya baru pulang dari kelas masing2.Berehat ala kadar sebelum turut ke bilik mandi.Ada pakaian yg perlu dicuci.

“Amin,ada sabun basuh?”Tanya Khairul Nizam.

Ada.”

“Err…boleh minta sikit.Sabun ana habislah.Nak beli kedai dah tutup.”

“Ah tak kisah.Ambillah.bawah rak pakaian tu.”

“Syukran,Min.”


Suara Ust Hisyam Kamal mengaji Quran sudah berkumandang melalui corong pembesar suara.Ust Isnil Fajahari dan Ust Uwais sedang membuat rondaan di asrama,sekadar memerhatikan pelajar.Jangan ada yg sengaja melengah2kan masa.Lalu keciciran utk bersama2 solat Zuhur di surau.

“Khuzaifah,dah mandi? Tanya Ust Uwais.

“Dah Ust.”

“Dah mandi,Nazif?” Tanya Ust Isnil Fajahari.

“Dah Ust.”

“Paini?”

“Dah.”


Surau meriah lagi dengan suara pelajarmembaca Quran dan berselawat.Kemudian senyap,tatkala muezzin maju kedepan utk laungkan azan.Sepi tanpa sepatah suara.Pesan Ust,ketika azan dilaungkantidak boleh bercakap.

Dua atau empat rakaat solat sunat qabliah selepas azan.Kemudian berjemaah zuhur.Kelebihan solat jemaah dgn solat seorang diri ialah 27 darjat.Kata Ustaz,kalau nak tahu ikatan ukhuwah di satu2 tempat itu kuat atau tidak tengok sembahyang jemaah mereka.Kalau longgar,longgarlah ukhuwah disitu.Kalau kemas,kemaslah ukhuwah ditempat itu.


Selesai solat bilal baca doa dgn suara nyarik.Kemudian Imam pula berdoa.Li khamsatun….lagi.Imam membaca wirid.Habis semua itu,seorang pelajar keluar kedepan dgn sebuah buku berjodol Iman Dan Persoalannya.Dia membacakan selembar dari buku itu.


Upacara ibadah asas itu selesai selepas solat sunat ba’diah dan bacaan doa penutup.Semua pelajar beratur di rak AlQuran.Program mengaji Quran serta terjemahan akan menyusul.Duduk membentuk satu bulatan besar.


Rizal dengan tugasnya,memastikan kehadiran pelajar dalam program itu.Ketua usrah memeriksa anak buah masing2.Beberapa org wakil dari usrah yg ditugaskan utk menghidang,telah keluar setamatnya doa penutup dibacakan.Mereka menyiapkan hidangan utk makan tengahari.


Ust Hisyam Kamal memimpin majlis mengaji.Bacaan terjemahan oleh pelajar kelas I’dadi salis.Dihadapan pejabat,sebuah proton saga iswara warna biru tiba2 berhenti.Ust Uwais keluar bersama dua org pelajar.Baru balik dari Sg Baging barangkali.


Selepas mengaji para pelajar berpusu pusu mengunjungi dewan makan.Sambil melangkah sambil berbual.Sambil bergurau mesra.Riang dan seronok.Hidup seperti sebuah keluarga besar.Guru2 umpama ayah.Yang dewasa menjadi abang dan yg kecil sebagai adik.


“Allahumma barik lana…” Wan Badri selaku seorang ketua usrah membaca doa sebelum menjamah makanan.


Bekas makanan tidak ditinggalkan begitu saja sebaik saja sempurna suapan terakhir.Licin bersih sebelum dibasuh.Sebutir nasi pun tidak bersisa.Makanan akhir itulah yg berkat.Habis makan baca doa lagi.Doa kesyukuran dan terima kasih.

Sementara asar para pelajar bebas dgn kerja sendiri.Di taman bunga,empat org pelajar sedang berbual dgn Ust Raja Anuar.Di dalam surau ada beberapa org baru merebahkan diri.Di koridor asrama ada tiga org sedang membaca buku.Di bilik air ada yg sedang mandi dan membasuh.


Ust Uwais sedang bermesra dgn beberapa org pelajar kecil.Dia sebagai guru penasihat usrah pelajar2 kecil itu.Setiap masalah mereka adalah masalahnya juga.Tanggungjawabnya utk menyelesaikan masalah tersebut.


BERSAMBUNG..........